Selasa, 16 Januari 2018

Saffron - one of the most expensive spices in the world

The high cost of this spice is to get one kilogram of finished product to grow about 170 000 colors.
Kilogram of finished product sells for $ 3500.
It was used as a means of imparting energy and love power to cure cataracts, and as an antidote, and as incense, conquering bad smells.

Blooming flowers of saffron, Jammu and Kashmir, India



Evidence of ancient sources say that saffron - one of the oldest known spices. He is mentioned as a valuable medicine and incense in Egyptian medical texts in 1500 BC, in the written sources of the Sumerian civilization, the Chinese medical books in 2600 BC, in the Old Testament.

Harvesting Saffron




Plantation Pampura occupy 4000 hectares







Woman separates stigmas from the flowers







Plate with stigmas




Weigh the dried saffron before zapakovyvaniem






Ready for sale saffron







Isnin, 15 Januari 2018

Sejarah Ferris Wheel

Pada masa dahulu, Ferris Wheel boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui, namun pada masa kini, dengan bilangan peminat Ferris Wheel yang semakin meningkat, ia mudah di dapati di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai contohnya seperti taman tema dan fun fair berdekatan korang..Walaubagaimana pun, korang tahu tak bila Ferris Wheel ni wujud? Haa, kalau nak tahu, meh usha kat bawah ni..



Ferris Wheel yang pertama sekali di dunia telah dibina di Amerika pada tahun 1893, dan bertujuan untuk mengatasi kejuruteraan dalam pembinaan Menara Eiffel (Eiffel Tower). Pada tahun tersebut, World's Fair telah diadakan di Chicago dan Amerika pada masa itu sangat bercita-cita tinggi untuk menarik perhatian dunia terutamanya Perancis, yang telah membina Eiffel Tower sebagai tarikan utama World's Fair mereka.


George Washington dan Gale Ferris memutuskan untuk menewaskan rekaan pihak Perancis dengan membina sebuah keluli roda besar yang boleh berputar dengan tempat duduk mewah di mana para pengunjung boleh menikmati pandangan jelas Chicago dari udara.


Pada masa Ferris Wheel ini dibina, ia mempunyai ketinggian lebih sedikit daripada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Amerika pada masa itu dan putaran roda besar itu dipacu dengan dua buah enjin stim dengan kapasiti 1000 kuasa kuda setiap satu. Roda tersebut dilengkapi dengan 36 buah tempat duduk dan boleh memuatkan 60 orang dalam setiap tempat duduk.


Idea tersebut telah berjaya mendapat perhatian dari seluruh dunia, dan yang pertama memberi respon adalah Britain dan kemudiannya merebak ke seluruh Eropah.










p/s: Punca sebab nak lawan dengan Perancis je, Ferris Wheel jadi terkenal di seluruh dunia..dan now di semua LEGOLAND

Ahad, 14 Januari 2018

Cara hilangkan ketuat

Ketuat Biasa(Common Wart)


  • Ia berupa ketulan daging yang keras dan kasar.Selalunya ketuat ini akan timbul di bahagian tangan.



Ketuat Kaki (Plantar Wart)



  • Merupakan bonjolan daging keras dan kasar.Ia akn timbul di bahagian yang mendapatkanbebanan paling kuat seperti tapak kaki.Jangkitan seperti ini,akan menyebabkan kesakitan dan menimbulkan rsa tidak selesa ketika berjalan


Ketuat Filiform (Filiform Wart)



  • Biasanya ketuat ini akan timbul di sekitar leher,mata bibir dan kelopak mata.Rupanya seakanjari dan panjang- panjang



Ketuat Planar

  • Ketuat ini akan timbul di bahagian permukaan kulit yang paling lembut.Ia berbentuk seperti biji leper dan seakan warna kulit.Serangannya pula terdedah di sekitar leher,muka,lutut dan pengelangan tangan




Ketuat Periungual



  • Tumpuannya lebih kepada kuku jari dan kaki.Ketuat ini akan menebal di sekitar plat kuku.Malah ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada kuku sama ada tertinggalatau menyebabkan kuku mengalami kesakitan


Ketuat Kelamin



  • Berbentuk benjolan daging yang lembut,lembab dan tidak sakit.Ketuat kelamin kebiasaannya berwarna merah jambu dan keperang perangan.Umumnya ia akan tumbh dibahagian bibir faraj dan dubur.







Okeyh sekarang korang da pahamkn jenis2 ketuat.....

sekarang sue nk gtaw pulak cara2 nk hilangkan ketua tersebut....jom baca..


Pisang
Menggunakan kulit pisang gosokkan kulit pisang di ketuat tersebut dan biarkan kering.Amalkan selalu ye..
Cuka Epal
Megunakan cuka Epal hanya perlu basahkan kapas dan sapu pada ketuat tersebut.Amalkan selalu
Kapus Sirih & Detergen
Campurkan 1/4 sudu teh detergen dan 1/4sudu teh kapur lalu oles menggunakan putih kapas.Biarkan sehingga kering dan bilas.

Sabtu, 13 Januari 2018

Petua menggoda suami di usia 40an

Pertama, layan suami seperti biasa.

Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan. Contoh: “Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!” Atau: “Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!”

Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai. Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.

Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai. Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.
Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum. Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!

Kedua, isteri mesti terus bergaya.

Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan. Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak ‘cun-melecun’ seperti gadis belasan tahun lagi ‘trang-tang-tang’. Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri. Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara. Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam. Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit. Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju, hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.

Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain. Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat. Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.

Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati. Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!

Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi. Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh. Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.

Ketiga, mesti selalu senyum.

Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat. Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam. Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Memadailah isteri menegur: “Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air? Abang nak air sejuk atau air panas?”
Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya, seperti: “Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?” Atau: “Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?”

Keempat, ketika di bilik tidur.

Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.

Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi, tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya. Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Sekian, semoga bermanfaat.

Jumaat, 12 Januari 2018

Kenali Masalah Kesihatan Melalui Jerawat di Muka (Perubatan Cina)

Ruam, jerawat dan tompok gelap berhubung kait dengan organ dalaman kita. Melalui cela di muka kita dapat tentukan masalah kesihatan kita. Dr. Maoshing Ni dalam bukunya yang bertajuk "Secrets of Longevity" mengajarkan bagaimana untuk mengenalpasti tanda2 visual ini.


1. Dahi


Dahi dikaitkan dengan elemen api - jantung dan usus kecil. Perubahan warna kadang-kala berhubung dengan kekacauan emosi yang besar seperti kehilangan kerja, putus cinta dan lain-lain. Jika anda dapati terdapat garisan urat halus berwarna merah hijau (macam hulk tengah marah) pada dahi disertai debaran jantung dan kepeningan, mungkin anda perlu mendapatkan pemeriksaan jantung kerana ia mungkin tanda-tanda awal sakit lemah jantung.


Ringkasan:


Dahi


Elemen: Api
Organ terlibat: Jantung & usus kecil
Tanda-tanda:
+ Perubahan warna - kekacauan emosi yang hebat
+ Garis urat halus hijau dan merah - tanda-tanda awal sakit lemah jantung


2. Hidung


Hidung dikaitkan dengan elemen tanah - menunjukkan keadaan perut dan pankreas anda. Jerawat di hujung dan tepi hidung anda mungkin disebabkan anda memakan terlalu banyak makanan pedas dan berminyak SEKALIGUS - sudah sampai masa anda menukar diet anda dan lebihkan memakan sayur-sayuran (saya tak suka makan sayur T_T). Sekiranya anda mendapati ada kemerahan di atas tulang hidung anda, ia bermakna anda tertekan, yang mana ia adalah kes biasa kebanyakan pekerja dewasa (nak cek nanti time kena marah dengan bos or if stress). Anda mungkin mahu mencuba aktiviti untuk menghilangkan tekanan untuk menghilangkan tanda ini.


Ringkasan:


Hidung


Elemen: Tanah
Organ terlibat: Perut dan pankreas
Tanda-tanda & Cara Mengatasi:
+ Jerawat di hujung dan tepi hidung - makan terlalu banyak makanan pedas dan berminyak SEKALIGUS > tukar diet & lebihkan sayur-sayuran.
+ Kemerahan di atas tulang hidung - tertekan > buat aktiviti untuk menghilangkan tekanan.


3. Dagu (jerawat paling teruk saya di sini T_T)


Dagu anda dikaitkan dengan elemen air - rangkaian organ buah pinggang dan pundi kencing, termasuklah hormon dan kelenjar (terkial-kial nak recall balik subjek sains dulu-dulu). Cela-cela, perubahan warna dan kawasan hitam sekeliling dagu dan kawasan mulut menunjukkan terdapat masalah dengan buah pinggang dan pundi kencing (OMG!). Ia bermakna anda perlu meminum lebih banyak air untuk membuang toksik di dalam badan anda. Jerawat sekitar kawasan tersebut disebabkan oleh perubahan hormon di dalam badan anda. Bagi wanita, ia biasanya menunjukkan pra-mentruasi (patutlah ada kawan lelaki saya cakap dia tahu bila perempuan period or tak bila tengok muka perempuan). Jika anda sedang merancang kehamilan, pastikan anda memeriksa 'philtrum', kawasan betul-betul di atas bibir anda. Perubahan warna atau cela sekeliling kawasan tersebut menunjukkan masalah kesuburan (ada 1 ni yang teruk betul-betul atas bibir ni sekarang. means sekarang ni tak subur ke?).


Ringkasan:


Dagu


Elemen: Air
Organ terlibat: Rangkaian organ buah pinggang dan pundi kencing, hormon dan kelenjar
Tanda-tanda dan Cara Mengatasi:
+ Cela, perubahan warna dan kawasan gelap sekitar dagu & mulut - masalah buah pinggang & pundi kencing (nyaris nak tertaip kendi pucing, LOL) & perubahan hormon especially dekat nak period > perlu minum lebih banyak air untuk nyahtoksik dalm badan.
+ Perubahan warna dan cela sekitar 'philtrum', kawasan betul-betul atas bibir - masalah kesuburan (perlu dilihat terutama yang sedang plan kehamilan. tak ok=tak subur, ok=subur).


4. Pipi Kanan


Pipi kanan dikaitkan dengan elemen besi - Paru-paru dan usus besar. Jerawat ringan atau tompok ekzema (sejenis penyakit kulit macam kulit kering or gatal) yang kecil di pipi kanan anda menandakan anda akan diserang selsema. Ambil vitamin C (means makan buah like orange or tomato. supplement ramai doktor nasihatkan tak payah ambil sebab kesan tak elok di kemudian hari macam kesan kat baby or kesuburan) dan lebihkan rehat untuk mengelakkan selsema datang. Jika anda mempunyai kecenderungan asma/lelah/semput, anda mungkin perlu berjaga-jaga dengan garis halus biru hijau sepanjang pipi kanan kerana ia berlaku sejurus sebelum serangan asma.


Ringkasan:


Pipi Kanan


Elemen: Besi
Organ terlibat: Paru-paru dan usus besar
Tanda-tanda & Cara Mengatsi:+ Jerawat ringan @ tompok ekzema kecil di pipi kanan - akan mendapat selsema > ambil vitamin C (makan buah) dan lebihkan rehat untuk mengelak selsema datang.
+ Garis biru hijau sepanjang pipi kanan - serangan asma akan berlaku.


5. Pipi Kiri


Pipi kiri pula dikaitkan dengan elemen kayu - rangkaian pundi hempedu & hati. Kapilari yang pecah (macam urat merah bercabang-cabang) dan kemerahan betul-betul sebelah tulang hidung menunjukkan kepanasan, keradangan atau kesesakan toksik di dalam hati. Garis halus kekuningan di bawah mata mungkin menunjukkan kadar kolestrol anda adalah tinggi.


Ringkasan:


Pipi Kiri


Elemen: Kayu
Organ terlibat: Rangkaian pundi hempedu & hati
Tanda-tanda:
+ Kapilari pecah (garis urat merah cabang-cabang) & kemerahan betul-betul di sebelah tulang hidung - kepanasan, keradangan dan kesesakan toksik di dalam hati.
+ Garis halus kekuningan di bawah mata - kadar kolestrol tinggi


Sumber: http://health.mylaunchpad.com.my/wom...re-telling-you

Khamis, 11 Januari 2018

10 Info Tentang Bayi Yang Anda Tidak Tahu

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mulai menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi bisa menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, kotak suara sudah mulai terbentuk dan bayi sudah mulai menangis tetapi dalam diam.

3. Pada usia 4 bulan, bayi mulai menjelajahi ruang di sekelilingnya. Dia mulai bermain dgn tali pusatnya, mengisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berputar di dalam kantungnya. Tetapi biasanya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyadari gerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mulai tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mulai memberi reaksi kepada suara di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri saat mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mulai terbentuk dan bayi dapat mengingat dan mengenali suara orangtuanya dan mulai menjelajahi anggota tubuhnya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi sejak usianya 7 bulan. Kegiatan bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Ketika otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasakan sakit sejak di dalam rahim lagi. Bila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan membatasi perkembangan mentalnya. (Sangat setuju ...)

9. Setelah indera rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan bisa mengerutkan dahinya dan memonyongkan mulutnya sebagi reaksi terhadap rasa aneh makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Setelah lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekitarnya terutama orangtuanya. Sebab itulah bayi nampak lucu

Sumber: FACEBOOK

Rabu, 10 Januari 2018

10 Lapangan Terbang Yg Paling Menakutkan

1) Lapangan Terbang Pulau Tioman
Mustahil la korang xtau lapangan terbang ni kt mna. Terletak di Pulau Tioman negeri Pahang yg mmg cantik tu. Landasannya hanya 3,254ft (992m) dan utk mendarat kt cni, pilot perlu menuju ke arah pergunungan sebelom mendarat pada wktu yg tepat. Jika tayar lambat kena kat landasan maka lambat la dpt brek & kemungkinan besar kemalangan akan berlaku...




2) Princess Juliana International Airport, St. Maarten
Asalnya adalah lapangan terbang tentera pd zaman perang dunia ke-2 dlu tetapi sekarang menjadi hub utama utk ke pulau2 Caribbean sekitarnya. Sebelom mendarat akan ada satu pantai yg mmg ramai org berkumpul utk tgk kapal terbang mendarat n berlepas. Buat silap mau kna lenyek orang2 kt bawah tu, ha3...



3) JFK International Airport (Runway 13L), New York, USA
Lapangan terbang ni adalah yg tersibuk kt Amerika, tgk je la siap ada 3 landasan lagi, yg paling panjang 14,572 feet (4,442 m). Jadi pilot2 x leh buat silap walaupon dgn jarak penglihatan yg agak terhad. Ye la kalo silap bleh terlanggar dgn kapal terbang lain lak yg sedang mendarat @ berlepas...


4) Toncontin Airport, Tegucigalpa, Honduras
Tegucigalpa, ibukota negara Amerika Tengah Honduras: panjang landasan hanya 6,112 ft (1,862 m). Ini membuatkan pendaratan oleh jet-jet lebih besar dari Boeing 757 adalah mustahil disini. Lapangan terbang ni terletak 1,004 meter dr aras laut dan dikelilingi gunung-ganang...


5) Tenzing-Hillary Airport, Lukla, Nepal
Tenzing-Hillary Lapangan Terbang Lukla, Nepal, adalah nama untuk dua pendaki pertama yg mencapai puncak Gunung Everest. Lapangan terbang ini beroperasi pada ketinggian 8,000 kaki (2,438 m) dan hampir tidak ada ciri-ciri moden air traffic control - bahkan tidak ada lampu, dan tenaga elektrik sangat sedikit sekali. Sebab tu hanya pnerbangan wktu siang dibenarkan, itupun kpd pilot yg dh mahir kt kawasan situ...



6) Gibraltar Airport, Gibraltar
Lapangan Terbang Gibralter juga mempunyai landasan yg sangat pendek, hanya 6,000 kaki (1,828 m). Cuaca di lapangan terbang nie slalunya buruk meyebabkan beberapa penerbangan di lencongkan ke Malaga, Spain @ Tangier, Maghribi. Satu benda yg unik di sini adalah landasannya yg memotong 1 jalan utama. Bila pesawat nk mendarat @ berlepas, loceng & penghadang jalan akan turun mcm kebanyakan landasan kereta api.



7) Juancho E. Yrausquin Airport, Saba, Netherlands Antilles
Merupakan lapangan terbang di kepulauan kecil Saba dimana landasannya hanya 1,300 kaki (396 m), terlalu pendek untuk pesawat penumpang oleh itu pilot perlu mengelilingi pulau beberapa kali sebelum mendarat, bahan bakar utk pesawat juga xda kt situ.




8) Madeira Airport, Funchal, Canary Islands
Pada asalnya panjang landasan ketika lapangan terbang ni dibuka pd thun 1964 hanyalah 5,250 kaki (1,600 m). Tetapi lepas peristiwa kemalangan ngeri pd thun 1977, panjang landasan ditambah menggunakan tiang2 yg tingginya 70 m.




9) Courchevel Airport, Courchevel, France
Panjang landasan ni cuma 1,722 kaki (525 m) dan tidak rata.Ini membuatkan pesawat susah utk mendarat kt sini ditambah pula dgn keadaan salji di kawasan lapangan terbang nie...




10) Kai Tak Airport, Hong Kong
Walaupon sdah ditutup pd 1998, lapangan terbang ni masih diingati kerana kedudukan yg berdekatan dgn penempatan awam. Penumpang2 dpt melihat kerlipan tv dr rumah berdekatan sblom mendarat @ berlepas. Waaah, dkat sungguh...


Sumber -> Bdk Botak Blog kt signature

Selasa, 9 Januari 2018

GAMBARAN SEKSA KERANA ZINA (Kebenaran Yang Perlu Kita Tahu)




Zina adalah suatu pekerjaan yang kotor dan keji. Satu perbuatan terkutuk, dan bagi yang melakukannya adalah besar sungguh dosanya. Satu pekerjaan laknat, pekerjaan syaitan dan perbuatan sesat.




Firman Allah di dalam Al-Quran:







Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Al-Israa' 17:32)



Berbuat zina (jahat), adalah perbuatan keji sekali, kerana dari kejahatan itu terjadi bencana dan kemelaratan, seumpama "penyakit perempuan", Aids dan lain-lainnya. Dan akibat dari berzina itu, bilamana lahir anak dari perbuatan itu, maka tidak dapatlah dibangsakan kepada siapa anak itu dan nyatalah akan merosakkan pewarisan yang sebenarnya.




Sememangnya perbuatan zina itu tersangat kotor, sehingga Tuhan memerintahkan kepada Kejayaan Islamiyah supaya yang berzina itu dijalankan hukuman 100 dera (pukulan) sebagaimana tersebut dalam kitab suci Al-Quran:




Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. (An-Nuur 24:2)



Di dunia ini sahaja sudah begitu hebat kutuk dan dera yang akan diterima oleh penzina itu, apatah lagi hukuman dan balasan Allah kelak di Hari Akhirat. Menurut yang sering dijelaskan oleh mubaligh-mubaligh dalam pandangan yang diperlihatkan kepada Nabi saw sewaktu baginda Isra', iaitu baginda melihat beberapa kumpulan manusia laki-laki dan perempuan di hadapan dua piring yang berisi daging. Satu piring berisi daging biasa manakala satu lagi berisi daging juga tetapi bangkai yang busuk dan keji. Tetapi manusia-manusia itu otomatis tangannya mengambil dan meratah pada bngkai daging busuk itu sahaja, dan daging biasa sedikit pun tidak disentuhnya.


Ini sebagai simpulan bagi orang-orang yang melakukan zina, ia ada mempunyai isteri yang halal, tetapi masih suka bernafsu mencari perempuan pelacur dan haram. Bagi yang belum kahwin, masih ada jalan ang baik iaitu bernikah, tetapi tidak mahu, lebih suka bergaul bagaikan kambing sahaja keduanya. Dan juga dalam perjalanan Isra' itu, Nabi melihat suatu gerombolan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan ke atas mereka.


Sumber & Detail : http://khadamilmu.blogspot.com/2013/...rana-zina.html

MEDAL OF HONOR TO ALL MY FOLLOWERS. PLACE IT TO YOUR BLOG.TQ FOR YOUR SUPPORT.

WSB

PENAFIAN / DENIAL

B'jue Corner tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini.

B'jue Corner irresponsible on any loss or damage undergone because use content in this blog.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...